Syarat & Peraturan Kejohanan

MPBP eSports Challenge 2026

Sila baca dan fahami syarat-syarat di bawah sebelum mendaftar. Keputusan urusetia adalah muktamad.

1. Syarat Umum Penyertaan
  • Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah.
  • Peserta mestilah mendaftar menggunakan nama sebenar dan In-Game Name (IGN) yang tepat.
  • Kadar yuran penyertaan adalah ditetapkan mengikut kategori permainan berikut:
    • MOBILE LEGENDS: Bang Bang (GROUP) : RM 50.00
  • Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri (non-refundable).
  • Setiap peserta hanya dibenarkan mendaftar dan bermain untuk SATU (1) pasukan atau slot sahaja.
2. Format Pertandingan (Liga & Kalah Mati)
  • Kejohanan fizikal (LAN) akan diadakan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat pada 28 Jun 2026.
  • FASA 1 (Sesi Pagi): Peringkat Kumpulan (Group Stage)
    - Format Liga Round Robin (Best of 1).
    - Setiap pasukan wajib bermain sebanyak 3 kali menentang pasukan dalam kumpulan yang sama.
    - Hanya Top 2 dari setiap kumpulan akan layak mara.
  • FASA 2 (Sesi Petang): Pusingan Playoff (Kalah Mati / Single Elimination)
    - Format Best of 1 (BO1) untuk Pusingan Top 16 dan Suku Akhir.
    - Format Best of 3 (BO3) bermula Separuh Akhir hingga Grand Final.
3. SOP Pemecah Seri (Tie-Breaker Peringkat Kumpulan)
  • Dalam peringkat Kumpulan, kiraan mata adalah: Menang = 3 Mata, Kalah = 0 Mata.
  • Sekiranya terdapat DUA (2) pasukan yang terikat dengan jumlah mata yang sama di penghujung fasa kumpulan, sistem Head-to-Head akan digunapakai. (Pasukan yang memenangi perlawanan di antara kedua-duanya akan layak).
  • Sekiranya terdapat TIGA (3) pasukan yang terikat (Tie-Breaker 3 Penjuru), penyelesaian akan dibuat berdasarkan tatacara berikut:
    Langkah Penyelesaian Urusetia:
    1. Perlawanan Sudden Death (Sekiranya Masa Mengizinkan): Ketiga-tiga pasukan akan bermain satu perlawanan mode pantas (Brawl 5v5 / BO1 10-Minit).
    2. Kiraan Masa Permainan (Time Rate): Jika masa kritikal, pasukan yang memiliki rekod masa kemenangan paling pantas dalam perlawanan kumpulan sebelumnya akan dipilih sebagai pemenang.
    3. Cabutan Undi (Coin Toss): Jalan penyelesaian terakhir sekiranya fasiliti atau masa dewan telah tamat.
4. Tatatertib & Tingkah Laku
  • Peserta dilarang menggunakan sebarang aplikasi pihak ketiga (Hacks, Cheats, Mod) yang memberi kelebihan tidak adil.
  • Penggunaan bahasa kesat, provokasi melampau (Toxic), atau berbaur perkauman di dalam All-Chat adalah dilarang keras dan boleh menyebabkan pasukan dibatalkan penyertaan serta merta.
  • Peserta diwajibkan berpakaian kemas dan bersopan. Seluar pendek dan selipar adalah tidak dibenarkan.
5. Kuasa Penganjur (Urusetia)
  • Pihak MPBP berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan pada bila-bila masa tanpa notis awal bagi melancarkan perjalanan kejohanan.
  • Sebarang bantahan perlulah dikemukakan secara rasmi kepada Marshal Pertandingan dalam tempoh 15 minit selepas tamat perlawanan berserta bukti (Scorecard / Tangkapan Skrin).
  • Segala keputusan pengadil dan urusetia adalah MUKTAMAD.

Telah memahami dan bersetuju dengan syarat di atas?

Daftar Sekarang